PENGUMUMAN TERKINI :


Sila ke Portal Rasmi SMK Taman Putri, Kulaijaya
SMK TAMAN PUTRI, Jalan Sri Putri 1/16, Taman Putri, 81000 Kulaijaya, Johor. Telefon : 07-662 6472 Faks : 07-6624473
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 29, 2010


LAPORAN SEPAK TAKRAW MSSD KULAIJAYA : SMK TAMAN PUTRI TEMPAT KE-3

SMK Taman Putri telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kulaijaya bagi kategori 15 tahun dan 18 tahun ke bawah . Pasukan sekolah telah menghantar satu regu bagi kategori bawah 15 tahun dan dua regu bawah 18 tahun. Walaupun pasukan sekolah bukan merupakan pasukan pilihan dalam sepak takraw, namun para pemain tetap memberikan persembahan yang sengit kepada pasukan yang lain. Regu bawah 15 tidak dapat mara ke peringkat seterusnya setelah tewas dalam peringkat kumpulan. .
Perjalanan permainan Regu B kategori bawah 18 tahun pula mendapat laluan yang sukar untuk ke peringkat yang seterusnya walaupun ada memenangi satu perlawanan dengan pasukan SMK Bandar Putra B. Namun begitu, Regu A mendapat laluan mudah untuk ke peringkat separuh akhir apabila menjadi johan kumpulan setelah memenangi 5 perlawanan.
Perlawanan separuh akhir diteruskan di antara johan kumpulan dan akhirnya Regu A kategori bawah 18 tahun ini berjaya mendapat tempat ketiga. Walaupun pada asalnya sasaran penyertaan kita pada kali ini adalah sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat separuh akhir, namun pasukan telah berjaya mendapat tempat ketiga. Ini adalah satu kejutan dan bonus kepada pasukan sekolah . Dengan bakat dan kesungguhan pemain yang telah menjalani sesi latihan dari bulan Januari, akhirnya ia telah membuahkan hasil yang baik walaupun mendapat tempat ketiga dalam daerah Kulaijaya.
Dua orang daripada pemain pasukan ini telah terpilih untuk menjalani latihan pusat bagi mewakili daerah Kulaijaya ke peringkat negeri pada 23 hingga 25 April 2010 di Ledang. Semoga pasukan kita akan lebih menyinar pada tahun-tahun akan datang. Tahniah kepada pasukan Sepak Takraw SMK Taman Putri.

Keputusan Regu A Bawah 18

JOHAN KUMPULAN:
SMKTP A vs SMK Bandar Tenggara B ( Menang 2-0 )
SMKTP A vs SMK Senai ( Menang 2-0 )
SMKTP A vs SMK Bandar Putra A ( Menang 2-0 )
SMKTP A vs SMK Indahpura ( Menang 2-0 )
SMKTP A vs SMK Bandar Tenggara A ( Menang 2-0 )

SEPARUH AKHIR:
SMKTP A vs SMK Kulai Besar B ( Tewas 1-2 )

TEMPAT KETIGA:
SMKTP A vs SMK Kulai Besar A ( 2-1 )

0 Ulasan:

Post a Comment

..::: Suara PPD Kulai


PHOTO PERISTIWA : Sukan 2010

Blog Archive

  © Blog Rasmi SMK Taman Putri Kulaijaya by smktmnputri.blogspot.com 2010

Back to TOP