Sejarah Sekolah
Friday, February 26, 2010
|Lokasi||Sejarah||Visi dan Misi||Objektif||Matlamat||Piagam Sekolah||Carta Organisasi|
|Lencana||Lagu Sekolah||Pengetua|
|Lencana||Lagu Sekolah||Pengetua|
------------------------------------------------------------------------------
SMKTP telah dibuka pada 1 April 2003 setelah bangunanya disiapkan dan diserahkan pada 13 Januari 2003
Pada awalnya, sekolah ini diberi nama SMK Kota Kulai 2. Nama ini diambil sempena pemaju perumahan pertama taman perumahan iaitu Taman Kota Kulai. Kemudian pada 6 September 2005, nama sekolah telah ditukar kepada SMK Taman Putri, selaras dengan lokasinya yang berada di dalam persekitaran Taman Putri, Kulaijaya.
Pada awal pembukaannya, terdapat sejumlah 15 buah kelas dengan enrolmen murid seramai 458 orang dan guru seramai 23 orang di sekolah ini. Pelajar ambilan pertama sekolah ini berasal dari SMK Sultan Ibrahim, SMK Munshi Abdullah, SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Kota Kulai 1
Sehingga Disember 2009, Jumlah kelas telah meningkat kepada 30 kelas dan sebuah kleas Pendidikan Khas, dengan enrolmen murid mencapai 820 orang dan tenaga pengajar seramai 63 orang. Staf sokongan pula bertambah daripada 6 orang kepada 13 orang.
Setakat ini, empat orang pengetua telah menerajui kepimpinan sekolah ini iaitu :
- Tuan Haji Adris bin Suiff (1 Jun 2003 - 28 September 2004)
- Puan Hajah Siti Inshah binti Mansor (16 Oktober 2004 - 9 Februari 2008)
- Encik Mastura Aladdin bin Masro (10 Februari 2008 - 14 Oktober 2009)
- Puan Shamiah binti Ismail (15 Oktober hingga kini)
0 Ulasan:
Post a Comment